Telur Dadar

Posted by Dapur Orang Bujang Friday 18 December 2009


Bahan-Bahan;


4 Biji telur ayam - Dipukul sekadar hancur sepenuhnya dan masukkan setengah sudu teh garam. Jgn pukul sehingga berbuih sebab kita bukan nak buat kek. Lain kali kalau nak masak apa-apa jenis telur dadar sekalipun jgn pukul telur lama sangat, ini petua masakan enak telur dadar.

a. 1 batang Karot merah - Dipotong hirisan seperti potong timun buat laksa tapi memanjang sekadar 3 inchi panjang tapi dalam bentuk hirisan.

b. 2 batang panjang daun sup dan dipotong memanjang 1 inchi.
100 gram udang kecil yang telah dibuang kulit - basuh dan perap dengan sedikit gula dan pepper (utk buang bau hanyir serta rangupkan isi udang)

c. 2 Sudu besar sos Tiram.
d. 4 ulas Bawang putih dan dicincang hancur.
e. Halia sebesar ibu jari dan ditumbuk.
f. 3 - 4 sudu besar minyak masak.
g. Bawang besar 1 biji - Dihiris membulat.


Cara Memasak

* Ubi Kentang Hendaklah Digoreng Terlebih Dahulu Dengan Minyak Panas Selama 2 - 3 Minit (30 % masak)

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang dan bawang besar, tumis.

2. Kemudian terus masukkan halia ditumbuk, tumis sehingga mula nak tukar warna keemasan.

3. Masukkan udang kecil dan tumis sekejap lagi.

4. Masukkan daun bawang dan masukkan sos tiram, tumis 30 saat.

5. Ratakan bahan yang ada dalam kuali secara lebar membulat nipis, masukkan telur yang telah dipukul dengan mula tuang dari tengah tepi kuali dan terus tuang di tepi membulat di keliling tepi kuali. Telur akan mengalir ke bawah tengah kuali sambil meresap bahan-bahan tumis. Jangan terus tuang telur ditengah kuali. Tuang macam orang buat kulit telur nasi pattaya, mula dari tepi.

6. Pusingkan telur dadar sekarang dengan membahagikan beberapa bahagian. Pakai sudip dan angkat/pusing telur dadar banyak mana yang mampu dan selepas pusingkan bahagian telur tadi, buatkan yang selebihnya. Selalunya Pak Amir dapat buat dalam 3 - 4 bahagian bergantung kepada besar mana telur dadar yang anda masak. Jangan goreng terlalu lama, rasanya dah mula keemasan, terus angkat.

7. Hidang dan makan dangan nasi panas-panas.

Hasil Telur Dadar Ala Cina ini basah-basah sikit. Jika goreng terlalu garing ianya akan jadi kering dan tidak lagi rupa Telur Dadar.

nota; curah cili sos dan lada sulah sedikit ke atas telur dadar tu.

0 comments:

About Me

Dapur Orang Bujang
Malaysia
Saya seorang remaja lelaki/ pria lanjang - baru sahaja belajar memasak untuk makanan sendiri juga menjamu kawan-kawan yang datang ke rumah. E-mail saya: orangbujang@ymail.com Saya berketurunan Malindo (darah campurnan Malaysia+ Indonesia)Ayah Jawa dan bonda minang jadi saya Melayu lah hehehee.. Jika ada resepi yang udah anda cobain silah kirimkan bisa kita kongsi aja dechh Jadi mari kita sama-sama mencuba resepi saya -> pasti menjilat jari<- email saya; orangbujang2@yahoo.com
View my complete profile

Awards From Searching Blog

Awards From Searching Blog
10Q

Berhibur Sambil Makan2 :)

SIARAN SETIAP HARI AHAD JAM 2.00/14:00 WAKTU MALAYSIA

BLOG: http://radiokita-malaysia.blogspot.com

Tukang masak handal