Gulai Lemak Pisang Abu



Bahan-Bahan:

300 gm udang
1.5 cm kunyit hidup
10 biji pisang abu muda
10 biji cili kering
1 biji kelapa
1 sudu besar minyak

1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

Cara:

Buang kulit pisang dan potong serong-serong setebal 1 cm. Rendam di dalam air garam. Tumbuk atau ketumbar, lada hitam, jintan manis, cili kering, bawang putih dan kunyit hidup. Goreng 1 sudu besar kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat. Jerang rempah-rempah yang telah di mesin dengan kemancar santan dan kerisik. Masukkan pisang, garam dan udang. Kacau hingga pisang empuk. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Apabila mendidih angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dimayang dan jintan manis. Apabila kuning kaut dan masukkan ke dalam masakan. Tutup tudung periuk supaya bau wangi terperangkap.

Kari kepala ikan




Bahan-bahan ( 4 org )


* kepala ikan besar lebih kurang 600g ikan sebarang ikan
* kacang bendi 8 bji
* 2 biji cili potong dua
* 1 biji tomato
* 1 1/2 bungkus rempah kari ikan
* sedikit halba campur
* santan pekat 1/2 cawan
* daun kari
* garam dan 1/2 cwn santan cair
* 4 biji bwg merah n 1 ulas bwg putih (tumbuk sehigga halus)
* 2 biji bwg merah n 1 ulas bwg ptih (potong nipis utk d tumis)
* air

Cara-cara

1. mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair air
perahan asam jawa
2. tumbuk bwg merah n bwg putih gaulkan bersama2 rempah tadi
3. panaskan minyak tumis halba campur bersama2 bwg merah setelah kekuningn
masukan daun kari
4. masukan bancuhan rempah kari tadi ...tutup periuk dan kecilkan api
5. masak sehingga pecah minyak kemudian masukan sedikit air dan santan pekat
6. setelah mendedeh masukan pula kepala ikan,kacang bendi,cili ,tomato,dan garam
secukup rasa.

kemudian hidang dan makan..

Tapai Pulut



Bahan-bahan ( 12 org makan kot )

* 1 kg beras pulut
* 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
* daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan
kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian
terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang,
peram 2 hari

Mee Hailam



Bahan-Bahan:

Sedikit minyak
1 biji bawang besar dihiris halus
1 biji bawang putih dihiris halus
2 biji cili padi dihiris halus
150g fillet ayam dipotong ikut citarasa
1 paket jagung muda
kicap manis pekat

1 kiub chicken stocK
½ paket mee kuning
sawi dipotong sederhana besar
taugeh (jika suka)
air
sedikit garam

Cara:

Panaskan minyak. Jangan terlalu panas Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi yg telah dihiris halus. Cili kena halus baru tak tergigit cili dan rasa pedasnya lebih menyerlah.Lepas tu masukkan ayam. Lepas tu, masukkan sedikit air. Bila nampak ayam dah putih2 tu, masukkan chicken stock dan air. Kemudian ambik botol kicap manis pekat tu, dan tuang lah hingga kelihatan macam mi hailam. Lepas tu masukkan jagung muda. Next, ambik sudu dan rasa. Tambah garam ikut citarasa. Biar sekejap sampai jagung tu dah masak. Kalau kering tambahlah air. Bila dah hampir mendidih, masuk mee kuning. Last sekali masukkan sayur macam sawi dan taugeh. Penting masukkan sayur last supaya tak melecur dan vitamin khasiatnya tak hilang.

Cadangan Hidangan:

Resipi ini sesuai utk 1-2 mangkuk je. Kalau nak banyak pandai2lah alter.
Tambahan:
Resipi mee hailam ni memang cukup memikat hati kepada sesiapa yg memakannya.

Gulai Lemak Keladi Bersama Ikan Kering




Bahan-Bahan:

2 rumpun batang keladi serta isinya
5 keping tulang ikan kering
10 biji cili api (ditumbuk)
1 ulas bawang kecil

3 cawan santan yang tidak terlalu pekat
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
1 batang serai


Cara:

Siang keladi, bersihkan dan celur hingga isi keladi separuh empuk. Toskan airnya. Masukkan ikan kering, cili api, bawang kecil hiris, serai, kunyit dan garam ke dalam periuk bersama santan. Biar menggelegak sambil dikacau supaya kuah tidak pecah minyak. Masukkan batang keladi dan biar mendidih sekejap. Rasakan garamnya dan bolehlah diangkat.

Kuih Cucur Kodok




Bahan-Bahan:

1 sikat pisang emas
300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
minyak masak

Cara:
Pisang dilenyek sehingga hancur. Kemudian masukkan tepung dan telur. Sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat. Panaskan minyak. Gunakan sudu untuk membentuk adunan tadi bulat-bulat dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Goreng sehingga kuning tua. Setelah masak bolehlah diangkat dan dituskan minyaknya.

Asam Pedas Ikan



Bahan-bahan ( untuk 1 keluarga )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yang tak makan belacan)


Cara-cara


1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan bolehlah dihidangkan.

Kuah kacang



Bahan-bahan ( 10 orang )

* 1kg kacang tanah
* 2 batang serai
* 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
* 3 senduk gula atau ikut suka
* 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
* 20 tangkai cili kering
* 1/3 belacan
* 20 ulas bawang merah kecil
* 3 senduk minyak masak
* sedikit garam

Cara-cara

1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah
minyak. perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!

Makaroni Goreng




Bahan-Bahan yang diperlukan:

1 paket daging cincang(Ramly Burger)
1 paket/kotak makaroni(direbus dan tos)
200 gm sayur campur
1 tin kecil tomato puree
2 ulas bawang besar di cincang
5 camca besar lada yang dikisar
sedikit minyak masak

daun bawang&daun sup dihiris
sedikit keju utk tabur
garam secukup rasa.

Cara-caranya:

1. goreng daging cincang dgn sedikit minyak hingga masak.(ketepikan)
2. tumiskan bawang sehingga naik bau
3. masukkan lada dan goreng sehingga masak dan masukkan tomato puree
4. masukkan sayur campur
5. masukkan makaroni dan daging kacau sehingga masak

Cadangan Hidangan:
taburkan daun sup & daun bawang, untuk lebih sedap lagi boleh taburkan keju

Tambahan:
boleh dijadikan menu utk parti hari jadi kanak kanak sebab rasanya tidak pedas.

Mee Jawa




Cadangan Hidangan:
Penyediaan untuk 5 orang


Bahan Kuah:

Sedikit Udang Kering
Segenggam kacang tanah (disangan)
Cili padi (mengikut selera masing2)
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
2 biji kentang (direbus hingga empuk)
2 biji keledek (direbus hingga empuk)
Air rebusan daging

Bahan Untuk Kuih:

Tepung gandum
100g udang sederhana besar
Daun kucai
Daun bawang
1 sudu mauripan
Telur (dipukul hingga kembang)

Bahan Kuah:

1. Rebus daging dan ambil airnya.
2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera
masing-masing.
5. Tumbuk udang kering yg telah dibasuh sehingga lumat.
6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
6. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging.
Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya
lebih halus.
7. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas
api yg sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit
tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa
sekiranya suka.
9. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih:

1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan
kembang. Garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput
tepung.

Hiasan:

1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
3. Gorengkan bawang untuk penabur.
4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
5. Hiris nipis cili masak.
6. Rebus tauge.
7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

Apabila telah siap, mee bolehlah diletak di dalam mangkuk berserta kuah, Hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, daun sup, taugeh, serbuk udang kering, cili hiris dan kuih yang telah dipotong-potong.

Tambahan:
Sekiranya suka, boleh juga mencampurkan kuah dengan daging yang dipotong nipis-nipis.

Gulai Nangka




Bahan-Bahan:

Nangka muda (rebus hingga empuk)
6 biji Cili api }ikut suka
1 biji Cili merah } ditumbuk lumat
2 ulas Bawang kecil }
Sedikit belacan }
Serbuk kunyit }
1 btg serai
Santan
Garam
Sedikit ikan bilis (bahan rencah)

Cara:

Masukkan nangka yang direbus ke dlm periuk bersama2 dengan bahan yg ditumbuk lumat,serai, santan dan rencah ikan bilis.Didihkan.
Tambahan:
Memang sedap..Kalau makan pasti terangkat.Tak percaya!Cuba dulu baru tau!

Nasi Goreng Kampung




Bahan-Bahan:

Bahan A

1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B

1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)

Cara:

1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana saja.
3.Bila sudah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong2 tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi.
4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.

Cadangan Hidangan untuk 4 orang.

Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yg telah siap.
Boleh makan dengan kicap sekiranya kurang masin.

Tambahan:
Cara2 memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi & sedap.

Gulai Lemak Pucuk Paku



Bahan-bahan ( untuk 2 orang )

* 1 ikat pucuk paku (RM1 di pasar malam)
* 1 batang lobak merah (dihiris)
* 1 biji bawang merah (dihiris)
* 1 cawan santan cair
* 1/2 cawan pati santan
* 1 batang serai (dititik)
* Sekeping asam jawa
* 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil serbuk cili / cili boh
* Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Siang pucuk paku.
2. Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk.
3. Masak hingga pucuk paku layu.
4. Tuang pati santan dan kacau hingga mendidih.
5. Sudah siap untuk dihidangkan.

Cucur Bawang Ikan Bilis





Bahan-Bahan:

1 kg tepung gandum
2 biji bawang besar
# daun sup (dihiris halus)
# daun bawang (dihiris halus)
# taugeh (ikut cita rasa)
# 2 biji telur
# sedikit minyak(supaya tidak melekat)
# ikan bilis (di kisar)
# garam secukup rasa
# air
# Minyak (untuk menggoreng)

sos:

2 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu cili kering (dikisar)
3 sudu cili sos
3 sudu tomato sos
2 sudu gula
garam secukup rasa.

Cara:
campur kesemua bahan. panaskan minyak untuk menggorengkan kesemua bahan yg telah dicampur. lebih baik jika dibiarkan selama 1jam sebelum menggoreng.

sos:
campurkan semua bahan. panaskan hingga mendidih. kemudian siap untuk dihidang.

Ayam Panggang



Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong empat bahagian)
50 gm ketumbar
50 gm jintan putih
10 gm lada hitam
20 gm gula
5 gm garam
5 gm paprika
10 ulas bawang putih (dikisar)
Air mengikut kepekata

Cara membuatnya:

Gaulkan kesemua bahan dan lumurkan ke atas ayam.

Bungkus ayam di dalam plastik dan perap semalaman.

Untuk membakarnya, ketuhar convection di dalam suhu 180 darjah Celcius selama 40 hingga 45 minit.Terbalikkan ayam selama 20 minit.

Di dalam ketuhar convectional suhu 215 darjah Celcius selama 50 hingga 55 minit.Terbalikkan ayam selepas 30 minit.

Hidangkan bersama salad, hirisan timun serta tomato.

About Me

Dapur Orang Bujang
Malaysia
Saya seorang remaja lelaki/ pria lanjang - baru sahaja belajar memasak untuk makanan sendiri juga menjamu kawan-kawan yang datang ke rumah. E-mail saya: orangbujang@ymail.com Saya berketurunan Malindo (darah campurnan Malaysia+ Indonesia)Ayah Jawa dan bonda minang jadi saya Melayu lah hehehee.. Jika ada resepi yang udah anda cobain silah kirimkan bisa kita kongsi aja dechh Jadi mari kita sama-sama mencuba resepi saya -> pasti menjilat jari<- email saya; orangbujang2@yahoo.com
View my complete profile

Awards From Searching Blog

Awards From Searching Blog
10Q

Berhibur Sambil Makan2 :)

SIARAN SETIAP HARI AHAD JAM 2.00/14:00 WAKTU MALAYSIA

BLOG: http://radiokita-malaysia.blogspot.com

Tukang masak handal