Buah Melaka (Onde-onde)




Bahan-Bahan:

½ sudu gula pasir
¼ keping gula melaka
90 gm tepung beras pulut
1 sudu air pandan, pewarna hijau

Sedikit garam
8 helai daun pisang, untuk bakul
3 sudu kelapa parut, dibuang kulit airnya

Cara buatnya:
Sediakan inti dan kelapa: Campurkan gula dan gula melaka yang direcik. Campurkan secubit garam ke dalam kelapa untuk disadur.

Sediakan air untuk merebus: Masak air anggaran 1/2 periuk. Sediakan doh yang kental. Gulungkan doh di atas papan canai hingga menjadi sosej yang panjang dengan diameter setebal 12mm dan potong kecil-kecil.

Sediakan kuih: Golekkan tiap-tiap satu bahagian supaya bulat, buatkan lubang dan masukkan gula ke dalamnya. Tutupkan inti gula itu bentukkan bulatan itu semula. Masukkan dalam air yang mendidih hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram. Hidangkan dalam kelongsong, baluk atau dalam pinggan kuih.

Cadangan Hidangan:
4 orang (8 kelongsong yang mengandungi 3-4 biji).

Sambal Belacan Resepi Jawa




Bahan-bahan

2 biji lada merah besar (dibuang bijinya)
2 biji cili padi merah (dibuang bijinya)
2 inci belacan
1 sudu besar ikan bilis
2 biji bawang merah (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi

Cara cara;


1. Goreng belacan, ikan bilis dan bawang merah menggunakan sedikit minyak sahaja. Goreng sehingga keperangan.
2. Tumbuk lada merah dan cilipadi bersama garam dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan bahan yang digoreng dan sambung tumbuk sehingga lumat
4. Hidangkan bersama perahan limau kasturi

*Jika suka pedas, tambahkan cili padi.
*Kesedapan sambal bergantung kepada jenis belacan. Pilih belacan yang paling sedap dan original(bukan dari kilang), seeloknya belacan kampung.

Kuih TEPUNG PELITA




Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 4-5 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas

Santan pekat 1 biji kelapa
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C

Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara Membuatnya:

1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. Kemudian masukkan adunan A agak-agak dalam bakul. Kukus sehingga masak.
2. Kemudian masukkan bahan B hingga penuh bakul.
3. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu.

Resepi Kuih Pulut Panggang/Bakar




BAHAN2NYA

1 kilo beras pulut
400 ml santan @ santan dari 1/2 biji kelapa
1 sudu kecil garam

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut
3 batang serai
6 ulas bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 inci kunyit hidup ( boleh juga ganti dgn kunyit serbuk)
5-6 btg cili kering ( nak pedas lebih kan)
200gm udang basah.. kalau tak der yg kecil yg besarpun boleh tapi kena hiris kecil2
garam dan gula

Daun pisang

cara membuatnya :

Beras pulut di basuh dan di rendam sekurang2nya 3 jam
kukus beras pulut selama 15-20min agak masak angkat dan letak dalam, bekas
kemudian harungkan dgn santan yg sudah dicampur garam.
gaul rata supaya tak berketul-ketul dan ketepikan.

pulut yg dah siap kukus dan masukan santan

daun pisang di layar pada api yang sederhana dan di potonglah lebar-lebar kira-kira 6 inci lebar.

bahan2 rempah , serai, bawang, halia, jintan kunyit semuanya di blender halus. masukkkan kelapa dan bahan yang diblender kedalam kuali dan kacau rata-rata. bila agak-agak sudah nak kering masukkan udang. ( jgn terlalu awal masukkan udang nanti over kecut lak udang tu) kemudian masukkan garam dan gula . ikut citarasa lah nak pedas atau tak.
kacau sampai kering. dan sejukkan.

Sementara itu masuk pulut secara tepekkan atas daun pisang..

untuk menyenangkan kerja-kerja menempek pulut guna pisau palstik supaya senang tak melekat pulut di tangan.

# kurangkan guna tangan dikhuatiri pulut cepat basi.

lipat daun sebelah kanan dan kiri supaya pulut menutup inti

Apa semua sudah siap.. bakar pulut yang dibalut dengan daun pisang dan tunggu beberapa ketika dan dijamu.

Ikan Sweet Sour mudah




Bahan-Bahan untuk 2 - 3 orang;

  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole)
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (boleh juga gunakan)

Cara - Cara:

1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng. (Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan).

2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau sekejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!

3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.


SIAKAP SWEET_SOUR

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Kuih ketayap atau Kuih Gulung




Bahan-bahan ( 3-5 orang )

utk kulit

# 1 cawan tepung gandum 2 biji telur
# 2 helai daun pandan
# 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan fresh milk)
# 1 1/2 sudu kecil garam
# 2 sudu besar minyak masak
# Beberapa titik pewarna hijau

# utk inti

# 1/2 biji kelapa parut
# 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan mengikut kesuaian)
# 1 helai daun pandan

Cara-cara untuk inti;

1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

2. Untuk kulit;

Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika hendak gunakan santan segera cuma blend dengan daun pandan dan tapis.

Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .

Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika hendak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika hendak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.

3. Panaskan pan/kuali leper, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. dan bersedia untuk sarapan.

Lepat labu



Bahan-bahan :


1 biji labu manis ( lebih kurang 1kg berat )
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 camca teh garam
2 cawan tepun gandum
Daun pisang secukupnya. ( Dilayur atas api ).

Cara-cara:

1. Labu manis dipotong bersaiz dadu yang besar dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek lumat.
2. Campurkan gula merah, gula putih dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
4. Sendukkan adunan ke atas daun pisang, bubuh inti kelapa dan tutup semula dengan adunan. Lipat
daun kemas. Kukus selama lebih kurang 20 minit.

Lepat Pisang




Bahan-Bahan:


20 biji pisang Awak masak ranum
300 gm tepung gandum
1 sudu besar pasir
2 sudu besar santan
daun pisang
garam


Potong daun pisang berukuran 15 x 15 cm dan layur di atas api hingga layu. Pisang dilecek hingga lumat.

Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit bersama-sama gula. Kacau hingga sebati. Masukkan santan dan garam dan kacau lagi. Jika lembik, tambah sedikit tepung.

Letakkan 2 sudu besar adunan tadi ke atas daun pisang dan balut memanjang. Lipat kedua-dua belah hujung daun. Seelok-eloknya biarlah sama saiz. Kukus sehingga masak dan hidangkan.

Resepi Puding Roti




Bahan-bahan:

2 cawan susu
1/4 cawan mentega
2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
3 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 serbuk buah pala
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan roti, potong kecil/kiub
1/2 cawan kismis (pilihan)


Cara penyediaan:

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.

Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.

Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.

Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 min


Sos Puding Roti:

1 cawan susu
2 sudu makan mentega
1/3 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

Enak dimakan panas atau disejukkan ke dalam peti ais./kolkas
Selamat mencuba.

Gulai Lemak Ketam




Bahan-Bahan:


3 ekor ketam
1½ biji kelapa parut
4 sm kunyit hidup
15 biji cili api
1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara:

Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup.

Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat lalu dihindangkan !!

Bubur Jagung




Bahan:

* 2 bh jagung manis, parut halus
* 50 gr jagung manis, pipilan
* 50 gr melon, iris dadu kecil
* 50 gr kelapa muda, iris dadu kecil
* 4 sdm susu bubuk
* 4 sdm gula manis
* 1 sdt vanili bubuk
* 600 cc air (secukupnya)

Cara membuat:

1. Rendam parutan jagung dengan 300 cc air. Aduk dan saring.
2. Ambil airnya dan tambahkan dengan sisa air, tambahkan gula pasir, susu bubuk,
vanili,dan jagung manis pipilan. Jerang di atas api kecil hingga matang.
3. Sejenak sebelum diangkat masukkan potongan kelapa muda dan melon. Angkat.
4. Sajikan dengan mangkuk bermotif anak-anak.

Untuk 3 porsi
Nilai gizi per porsi:
Energi: 201 Kal
Protein: 5,2 gr
Lemak: 4,8 gr
Karbohidrat: 34,4 gr

#kiriman teman saya di Jakarta

Membuat Pizza Sedap



Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera

Bahan-bahan topping :

Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yang banyak. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.
Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :

Sos Pizza

1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:

Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat.

KARIPAP PUSING



Bahan-bahan:

1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. biasanya menggunakan inti keledek.



Inti keledek

2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Resepi 2 Pecal




PECAL atau ROJAK SAYUR


Bahan Sayuran;

1 ikat daun pucuk ubi
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun dihiris nipis
2 butir tauhu goreng dan dipotong
daun salad
telur rebus
garam
1 Peket Pecal Online

Cara membuatnya;

1. Pucuk ubi, kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.

Penyediaan Kuah Pecal Online

1. Masak serbuk Pecal Online dengan sedikit minyak
2. Tambahkan air dan biar masak sehingga pekat
3. Hidangkan bersama sayur dan sedia untuk dihidang


Pecal Jawa


Bahan-bahan;

Bawang merah/putih }
Cili api + cili merah sikit untuk dapatkan warna merah} goreng sekejap

Kacang tanah goreng & blend kasar
Air asam

Cekur

Garam/gula


Cara membuatnya;

Blend semua bahan together. Rasakan garam/gula. Siap untuk diratah dengan sayur.

Resepi Laksa Penang




Bahan - bahan:

1 kilo laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batabg bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
1 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun
sedikit daun salad
2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. rebus ikan kembung hingga lembut. buangkan tulangnya dan kisar isi ikan hingga halus
2. masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk. biarkan mendidih selama 20 minit.
3. kemudian masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.

Cara menghidang

1. masukkan laksa ke dalam mangkuk.
2. tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun dan telur rebus

Telur Dadar



Bahan-Bahan;


4 Biji telur ayam - Dipukul sekadar hancur sepenuhnya dan masukkan setengah sudu teh garam. Jgn pukul sehingga berbuih sebab kita bukan nak buat kek. Lain kali kalau nak masak apa-apa jenis telur dadar sekalipun jgn pukul telur lama sangat, ini petua masakan enak telur dadar.

a. 1 batang Karot merah - Dipotong hirisan seperti potong timun buat laksa tapi memanjang sekadar 3 inchi panjang tapi dalam bentuk hirisan.

b. 2 batang panjang daun sup dan dipotong memanjang 1 inchi.
100 gram udang kecil yang telah dibuang kulit - basuh dan perap dengan sedikit gula dan pepper (utk buang bau hanyir serta rangupkan isi udang)

c. 2 Sudu besar sos Tiram.
d. 4 ulas Bawang putih dan dicincang hancur.
e. Halia sebesar ibu jari dan ditumbuk.
f. 3 - 4 sudu besar minyak masak.
g. Bawang besar 1 biji - Dihiris membulat.


Cara Memasak

* Ubi Kentang Hendaklah Digoreng Terlebih Dahulu Dengan Minyak Panas Selama 2 - 3 Minit (30 % masak)

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang dan bawang besar, tumis.

2. Kemudian terus masukkan halia ditumbuk, tumis sehingga mula nak tukar warna keemasan.

3. Masukkan udang kecil dan tumis sekejap lagi.

4. Masukkan daun bawang dan masukkan sos tiram, tumis 30 saat.

5. Ratakan bahan yang ada dalam kuali secara lebar membulat nipis, masukkan telur yang telah dipukul dengan mula tuang dari tengah tepi kuali dan terus tuang di tepi membulat di keliling tepi kuali. Telur akan mengalir ke bawah tengah kuali sambil meresap bahan-bahan tumis. Jangan terus tuang telur ditengah kuali. Tuang macam orang buat kulit telur nasi pattaya, mula dari tepi.

6. Pusingkan telur dadar sekarang dengan membahagikan beberapa bahagian. Pakai sudip dan angkat/pusing telur dadar banyak mana yang mampu dan selepas pusingkan bahagian telur tadi, buatkan yang selebihnya. Selalunya Pak Amir dapat buat dalam 3 - 4 bahagian bergantung kepada besar mana telur dadar yang anda masak. Jangan goreng terlalu lama, rasanya dah mula keemasan, terus angkat.

7. Hidang dan makan dangan nasi panas-panas.

Hasil Telur Dadar Ala Cina ini basah-basah sikit. Jika goreng terlalu garing ianya akan jadi kering dan tidak lagi rupa Telur Dadar.

nota; curah cili sos dan lada sulah sedikit ke atas telur dadar tu.

mee goreng basah




Bahan-bahan ( untuk 5 orang )

* 500-600 gm mee kuning
* 1 keping dada ayam
* 1/2 bawang besar(dimayang)
* 2 ulas bawang putih(dicincang)
* 2 sudu sos tiram
* 2 sudu kicap pekat
* 1/2 cawan sos tomato
* 2 sudu kicap cair
* sawi @ kobis
* sekeping tauhu goreng
* 1 1/2 sudu besar gula
* garam & sedikit ajinomoto
* minyak utk tumis bawang
* 1 sudu besar serbuk cili
* air


Cara-cara

1. tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
2. bancuh serbuk cili dengan air dan masukkan ke dlm kuali setelah bawang garing
3. bila cili dah pecah minyak, masukkan ayam. lepas itu, bila ayam dah masak, masukkan sos
tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.kacau rata.. masukkan 1 cawan air.
4. masukkan garam, ajinomoto dan gula. bila dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. goreng
rata2
5. akhir sekali masukkan sayur2. kalo nak lebih gelap warnanya tambah kicap cair.
6. kalo nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. bole juga kalo guna serbuk black
peppe..

Selamat mencuba dari dapur orang bujang.

BIHUN GORENG Special


Bahan Persediaan:

250 bihun (rice noodle)
5 siung bawang putih (garlic)
5 sendok makan kecap manis (sweet soy sauce) --> bisa ditambah/dikurangi sesuai rasa manis yang diinginkan. Note: kecap juga berpengaruh pada warna bihun, makin banyak maka bihun yang dihasilkan makin gelap.
2 sdm saus tiram (oyster sauce)
1/2 sdt lada
1 sdt garam--> bisa ditambah/dikurangi sesuai selera
3 sendok makan minyak untuk menumis

Note: Bagi yang terbiasa dengan penyedap masakan/ Royco/ masako/ maggie, silakan saja kalau ingin ditambahkan. Di rumah kami masakan tidak memakai penyedap rasa.

Pelengkap:

6 buah sosis, iris tipis serong
2 potong ayam rebus/goreng , iris tipis atau suwir-suwir
3 telur, dadar tipis kemudaian iris-iris atau telur digoreng orak-arik dengan gumpalan agak besar 2-3 buah wortel, potong-potong bentuk korek api
5 batang cai sim potong -potong 2 cm
2 batang daun bawang (spring onion) potong 2 cm
1 batang seledri potong-potong kecil
3 sdm bawang merah goreng

Cara Membuat:

Siram bihun dengan air panas, tunggu beberapa saat sampai empuk tapi tidak terlalu lembek (biasanya di bungkusnya ada keterangan berapa lama untuk merendam dengan air panas), Tiriskan dan saya biasanya memotong-motongnya dengan gunting dapur untuk memudahkan ketika makan (tidak terlalu panjang).

Haluskan bawang putih dan lada (jika memakai lada butiran)

Panaskan minyak di wajan besar (wok), tumis bawang putih sampai layu dan wangi (jangan sampai coklat apalagi gosong), masukkan wortel, ayam dan sosis, dan telur orak-arik, aduk rata sampai layu.
--> jika memakai telur dadar iris, saya memakainya untuk taburan setelah bihun matang

Tambahkan kecap, saus tiram, garam, lada, daun bawang dan cai sim, aduk rata.

Masukkan bihun, terus aduk sampai bumbu merata dan meresap. Cicipi dan tambahkan garam/kecap/lada jika terasa kurang pas.

Matikan kompor lalu pindahkan bihun ke wadah saji. Taburi dengan telur dadar iris serta seledri dan bawang goreng.

Sajikan dengan cabai rawit atau saus sambal.

Cara buat roti canai /prata



bahan-bahan yang diperlukan'

3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat nya:

1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tetapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin

Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dengan kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai) Dan saluti dengan marjarin untuk mengelakkan ia dari melekat.Tinggalkan selama 2 jam.

Siap uutuk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

selepas dimasak jangan lupa sewaktu masih panas tepukkan roti canai dengan mengguna dua belah tangan.

Di sini PETUA utk buat roti canai:

1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
4. Makan roti canai ni paling sedap waktu panas=baru sahaja dimasak.

Nasi Lemak Kukus




Bahan-bahan:

5 cawan beras ( atau secukupnya )
Santan pekat ~ secukupnya
3 helai daun pandan
1 inci halia ~ dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula ( secubit )

Cara memasaknya ;

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Nasi Dagang Kelantan



Nasi Dagang Kelantan

1 kg beras nasi dagang
1/2kg santan segar
2 cawan air panas
2 sd besar halba
20 ulas bawang merah
4cm halia


Cara membuatnya;

1. Rendam beras semalaman.
2. Hiris bawang dan halia menjadi super duper nipis.
3. Masakkan santan pekat dlm periuk bersama2 dgn bawang dan halia hiris serta halba. Sentiasa dikacau sehingga mendidih. Rasakan masin dan manisnya. Bagi orang Kelantan..biasalah kena manis sikit kan. Bila mendidih, angkat dan ketepikan.
5. Beras di basuh bersih dan ditos.
6. Panaskan kukusan. Sementara menunggu kukusan panas, masukkan beras dalm dulang pengukus. Tak perlu lapik dgn apa2 bahan pun sebab beras ni melekat2 dan kalau jatuh kebawahpun tak banyak. Tekan bagi padat tetapi jgn terlalu mampat.
7. Kukus selama 20 25 minit.
8. Keluarkan beras dari kukusan dan pindah masuk ke dlm besen.
9. Gaulkan beras dgn air. Tak perlu bubuh garam.
10. Pindahkan balik beras ke dalam dulang kukusan. Tekan sedikit tetapi jgn terlalu mampat.
11. Kukus semula dalam 25 , 30 minit lagi.
12. Angkat beras dari kukusan dan masukkan ke dalam besen.
13. Tuangkan santan pekat yang dimasak bersama bawang dan halia tadi sedikit-sedikit. biasa masukan dlm 2 atau 2 1/2 cawan. jangan terlalu basah.. Gaulkan biar mesra. Pindahkan ke dlm bekas yang lain bila hendak menghidang. Tekan biar padat. Hidang bersama telur rebus,gulai ikan tongkol dan udang serta gulai darat ayam,

Sambal Tumis Sotong Kembang




Bahan-Bahan:

3 ekor sotong kembang - potong kecil
½ cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar-kasar
2 labu bawang besar - dimayang
2 sudu besar gula

5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] ditumbuk halus
12 tangkai cili kering ]
3 sm belacan
Garam dan air asam jawa


Cara memasaknya;

Sotong dicuci dan ditoskan. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sampai wangi dan masukkan sotong. Bila sebati masukkan air asam jawa, gula dan garam. Apabila kuahnya pekat, masukkan kacang yang telah ditumbuk kasar-kasar tadi. Hidang panas-panas.

Sambal Tumis Kerang



Bahan-Bahan:


1.2 kg kerang
2 senduk cili giling ]
20 ulas bawang merah ] digiling
4 ulas bawang putih ]
1 batang serai - diketuk-ketuk

10 sen asam jawa
2 sudu makan gula
Sedikit belacan
2 senduk minyak kelapa
Garam dan ajinomoto


Cara memasaknya:

Kerang dibersihkan dan direbus. Kemudian ambil isinya. Panaskan kuali dan tumis cili giling dan bawang. Bila garing masukkan pula kerang, serai, gula, garam dan ajinomoto. Setelah berminyak-minyak masukkan pula asam jawa dan belacan yang dibancuh dengan 1/2 cawan air. Gorenglah hingga likat. Angkat dan hidangkan.

Sambal Tumis Petai Dgn Ikan Bilis




Bahan-bahannya;

* Petai
* Ikan Bilis
* Cili Giling
* Bawang Merah 4 ulas
* Bawang Putih 3 ulas
* Minyak
* Garam secukup rasa

cara memasaknya;


# Kikis kulit petai. Hiriskan. jgn terlampau nipis.
# Goreng petai sampai garing. Jgn sampai hitam, nanti pahit.
# Goreng Ikan bilis sampai garing.
# Bawang merah dan putih di tumbuk lumat. Tumiskan bawang sampai naik bau, masukkan cili. Goreng sampai cili garing. Masukkan garam secukup rasa.
# Setelah cili sudah masak dan garing, masukkan petai dan ikan bilis yg telah di goreng tadi.
# Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dari dapur orang bujang

Sambal Tumis Udang dengan Petai



Hidangan untuk 2 orang.

1) segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)

2) segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih sikit tak apa kerana sambal semakin sedap)

3) seulas bawang putih - dimayam

4) 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)

5) santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.

6) sebiji bawang besar - dimayam

7) petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)

8) garam

9) minyak masak

Cara-cara membuatnya;


# panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
# masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
# masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
# masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
# kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. bolehlah dihidangkan dgn nasi panas atau roti bom
# resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya

Selamat mencuba dapur orang bujang.

About Me

Dapur Orang Bujang
Malaysia
Saya seorang remaja lelaki/ pria lanjang - baru sahaja belajar memasak untuk makanan sendiri juga menjamu kawan-kawan yang datang ke rumah. E-mail saya: orangbujang@ymail.com Saya berketurunan Malindo (darah campurnan Malaysia+ Indonesia)Ayah Jawa dan bonda minang jadi saya Melayu lah hehehee.. Jika ada resepi yang udah anda cobain silah kirimkan bisa kita kongsi aja dechh Jadi mari kita sama-sama mencuba resepi saya -> pasti menjilat jari<- email saya; orangbujang2@yahoo.com
View my complete profile

Awards From Searching Blog

Awards From Searching Blog
10Q

Berhibur Sambil Makan2 :)

SIARAN SETIAP HARI AHAD JAM 2.00/14:00 WAKTU MALAYSIA

BLOG: http://radiokita-malaysia.blogspot.com

Tukang masak handal