Ikan Sweet Sour mudah

Posted by Dapur Orang Bujang Saturday 26 December 2009



Bahan-Bahan untuk 2 - 3 orang;
  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole)
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (boleh juga gunakan)

Cara - Cara:

1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng. (Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan).

2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau sekejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!

3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.


SIAKAP SWEET_SOUR

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

0 comments:

About Me

Dapur Orang Bujang
Malaysia
Saya seorang remaja lelaki/ pria lanjang - baru sahaja belajar memasak untuk makanan sendiri juga menjamu kawan-kawan yang datang ke rumah. E-mail saya: orangbujang@ymail.com Saya berketurunan Malindo (darah campurnan Malaysia+ Indonesia)Ayah Jawa dan bonda minang jadi saya Melayu lah hehehee.. Jika ada resepi yang udah anda cobain silah kirimkan bisa kita kongsi aja dechh Jadi mari kita sama-sama mencuba resepi saya -> pasti menjilat jari<- email saya; orangbujang2@yahoo.com
View my complete profile

Awards From Searching Blog

Awards From Searching Blog
10Q

Berhibur Sambil Makan2 :)

SIARAN SETIAP HARI AHAD JAM 2.00/14:00 WAKTU MALAYSIA

BLOG: http://radiokita-malaysia.blogspot.com

Tukang masak handal