Hidangan untuk 2 orang.
1) segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
2) segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih sikit tak apa kerana sambal semakin sedap)
3) seulas bawang putih - dimayam
4) 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
5) santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
6) sebiji bawang besar - dimayam
7) petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
8) garam
9) minyak masak
Cara-cara membuatnya;
# panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
# masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
# masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
# masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
# kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. bolehlah dihidangkan dgn nasi panas atau roti bom
# resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya
Selamat mencuba dapur orang bujang.
0 comments: