bahan-bahan yang diperlukan'
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tetapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dengan kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai) Dan saluti dengan marjarin untuk mengelakkan ia dari melekat.Tinggalkan selama 2 jam.
Siap uutuk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
selepas dimasak jangan lupa sewaktu masih panas tepukkan roti canai dengan mengguna dua belah tangan.
Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
4. Makan roti canai ni paling sedap waktu panas=baru sahaja dimasak.
0 comments: