Bahan-bahan
2 biji lada merah besar (dibuang bijinya)
2 biji cili padi merah (dibuang bijinya)
2 inci belacan
1 sudu besar ikan bilis
2 biji bawang merah (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi
Cara cara;
1. Goreng belacan, ikan bilis dan bawang merah menggunakan sedikit minyak sahaja. Goreng sehingga keperangan.
2. Tumbuk lada merah dan cilipadi bersama garam dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan bahan yang digoreng dan sambung tumbuk sehingga lumat
4. Hidangkan bersama perahan limau kasturi
*Jika suka pedas, tambahkan cili padi.
*Kesedapan sambal bergantung kepada jenis belacan. Pilih belacan yang paling sedap dan original(bukan dari kilang), seeloknya belacan kampung.
0 comments: