Gulai Lemak Pisang Abu



Bahan-Bahan:

300 gm udang
1.5 cm kunyit hidup
10 biji pisang abu muda
10 biji cili kering
1 biji kelapa
1 sudu besar minyak

1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

Cara:

Buang kulit pisang dan potong serong-serong setebal 1 cm. Rendam di dalam air garam. Tumbuk atau ketumbar, lada hitam, jintan manis, cili kering, bawang putih dan kunyit hidup. Goreng 1 sudu besar kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat. Jerang rempah-rempah yang telah di mesin dengan kemancar santan dan kerisik. Masukkan pisang, garam dan udang. Kacau hingga pisang empuk. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Apabila mendidih angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dimayang dan jintan manis. Apabila kuning kaut dan masukkan ke dalam masakan. Tutup tudung periuk supaya bau wangi terperangkap.

Kari kepala ikan




Bahan-bahan ( 4 org )


* kepala ikan besar lebih kurang 600g ikan sebarang ikan
* kacang bendi 8 bji
* 2 biji cili potong dua
* 1 biji tomato
* 1 1/2 bungkus rempah kari ikan
* sedikit halba campur
* santan pekat 1/2 cawan
* daun kari
* garam dan 1/2 cwn santan cair
* 4 biji bwg merah n 1 ulas bwg putih (tumbuk sehigga halus)
* 2 biji bwg merah n 1 ulas bwg ptih (potong nipis utk d tumis)
* air

Cara-cara

1. mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair air
perahan asam jawa
2. tumbuk bwg merah n bwg putih gaulkan bersama2 rempah tadi
3. panaskan minyak tumis halba campur bersama2 bwg merah setelah kekuningn
masukan daun kari
4. masukan bancuhan rempah kari tadi ...tutup periuk dan kecilkan api
5. masak sehingga pecah minyak kemudian masukan sedikit air dan santan pekat
6. setelah mendedeh masukan pula kepala ikan,kacang bendi,cili ,tomato,dan garam
secukup rasa.

kemudian hidang dan makan..

Tapai Pulut



Bahan-bahan ( 12 org makan kot )

* 1 kg beras pulut
* 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
* daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan
kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian
terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang,
peram 2 hari

Mee Hailam



Bahan-Bahan:

Sedikit minyak
1 biji bawang besar dihiris halus
1 biji bawang putih dihiris halus
2 biji cili padi dihiris halus
150g fillet ayam dipotong ikut citarasa
1 paket jagung muda
kicap manis pekat

1 kiub chicken stocK
½ paket mee kuning
sawi dipotong sederhana besar
taugeh (jika suka)
air
sedikit garam

Cara:

Panaskan minyak. Jangan terlalu panas Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi yg telah dihiris halus. Cili kena halus baru tak tergigit cili dan rasa pedasnya lebih menyerlah.Lepas tu masukkan ayam. Lepas tu, masukkan sedikit air. Bila nampak ayam dah putih2 tu, masukkan chicken stock dan air. Kemudian ambik botol kicap manis pekat tu, dan tuang lah hingga kelihatan macam mi hailam. Lepas tu masukkan jagung muda. Next, ambik sudu dan rasa. Tambah garam ikut citarasa. Biar sekejap sampai jagung tu dah masak. Kalau kering tambahlah air. Bila dah hampir mendidih, masuk mee kuning. Last sekali masukkan sayur macam sawi dan taugeh. Penting masukkan sayur last supaya tak melecur dan vitamin khasiatnya tak hilang.

Cadangan Hidangan:

Resipi ini sesuai utk 1-2 mangkuk je. Kalau nak banyak pandai2lah alter.
Tambahan:
Resipi mee hailam ni memang cukup memikat hati kepada sesiapa yg memakannya.

Gulai Lemak Keladi Bersama Ikan Kering




Bahan-Bahan:

2 rumpun batang keladi serta isinya
5 keping tulang ikan kering
10 biji cili api (ditumbuk)
1 ulas bawang kecil

3 cawan santan yang tidak terlalu pekat
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
1 batang serai


Cara:

Siang keladi, bersihkan dan celur hingga isi keladi separuh empuk. Toskan airnya. Masukkan ikan kering, cili api, bawang kecil hiris, serai, kunyit dan garam ke dalam periuk bersama santan. Biar menggelegak sambil dikacau supaya kuah tidak pecah minyak. Masukkan batang keladi dan biar mendidih sekejap. Rasakan garamnya dan bolehlah diangkat.

Kuih Cucur Kodok




Bahan-Bahan:

1 sikat pisang emas
300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
minyak masak

Cara:
Pisang dilenyek sehingga hancur. Kemudian masukkan tepung dan telur. Sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat. Panaskan minyak. Gunakan sudu untuk membentuk adunan tadi bulat-bulat dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Goreng sehingga kuning tua. Setelah masak bolehlah diangkat dan dituskan minyaknya.

Asam Pedas Ikan



Bahan-bahan ( untuk 1 keluarga )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yang tak makan belacan)


Cara-cara


1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan bolehlah dihidangkan.

About Me

Dapur Orang Bujang
Malaysia
Saya seorang remaja lelaki/ pria lanjang - baru sahaja belajar memasak untuk makanan sendiri juga menjamu kawan-kawan yang datang ke rumah. E-mail saya: orangbujang@ymail.com Saya berketurunan Malindo (darah campurnan Malaysia+ Indonesia)Ayah Jawa dan bonda minang jadi saya Melayu lah hehehee.. Jika ada resepi yang udah anda cobain silah kirimkan bisa kita kongsi aja dechh Jadi mari kita sama-sama mencuba resepi saya -> pasti menjilat jari<- email saya; orangbujang2@yahoo.com
View my complete profile

Awards From Searching Blog

Awards From Searching Blog
10Q

Berhibur Sambil Makan2 :)

SIARAN SETIAP HARI AHAD JAM 2.00/14:00 WAKTU MALAYSIA

BLOG: http://radiokita-malaysia.blogspot.com

Tukang masak handal